Pusat Akses

Pusat Akses Sekolah (PuAS)

 

  1. Apakah maksud Pusat Akses Sekolah?
    Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan ‘cyber cafe’.  Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

    2.  Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
    Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid

 

  1. Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
    Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk  pengajaran dan pembelajaran

 

  1. Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
    Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah menengah.

    5.  Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
    Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain
  1. Apakah peralatan yang diletakkan dalam Pusat Akses Sekolah?
    Setiap sekolah akan memerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut akan dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

    7.  Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
    Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  • Ada ruang/bilik yang sesuai
  • Ada akses kepada Internet
  • Ada Makmal Pengkomputeraan
  • Ada elektrik 24 jam
  • Kemahiran ICT warga sekolah Komitmen pihak pentadbiran sekolah
  1. Apakah waktu operasi Pusat Akses Sekolah?
    Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

 

 

  1. Bilakah Pusat Akses Sekolah mula dilaksanakan?
    Penubuhan Pusat Akses Sekolah telah mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006. Sehingga kini, terdapat 3022 Pusat Akses Sekolah di seluruh negara yang dilaksanakan melalui 3 fasa.

    10.  Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
    Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklimat dari Internet. Kemudahan Pusat Akses Sekolah juga dibuka kepada komuniti setempat /PIBG, dll.

    11.  Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
    Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  • Ada ruang/bilik yang sesuai
  • Ada akses kepada Internet
  • Ada Makmal Pengkomputeraan
  • Ada elektrik 24 jam
  • Kemahiran ICT warga sekolah
  • Komitmen pihak pentadbiran sekolah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
    Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.

    Bahan tersebut terdiri daripada:

  • Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, dan sebagainya
  • Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, Portal Sumber Pendidikan (bibliografi.moe.edu,my), MySchoolNet,My Tutor, Online Smart Learning dan sebagainya
  • Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD Audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat

 

WAKTU OPERASI

PUSAT AKSES SK ARAU

 

ISNIN – KHAMIS

8.00 PAGI – 1.00 PETANG

2.00 PETANG – 5.00 PETANG

JUMAAT

8.00 PAGI – 12.15 TENGAHARI

2.45 PETANG – 5.00 PETANG

CUTI

SABTU, AHAD DAN KELEPASAN AM

Print Friendly, PDF & Email

HARI INI

Your browser is not supported for the Live Clock Timer, please visit the Support Center for support.

KEPUTUSAN UPSR 2018

Imbas QR Code

Tarikh Hari Kelahiran

birthday_cake
Happy Birthday
23/12
PN. ALIZAWATI BT. CHE ALI
27/12
PN.NORDALILA BINTI KHALILI
23/01
PN MAZLINA BT OTHMAN
25/01
EN. JAFRI BIN ABAS
29/01
PN. HANIZAH BT. HAMZAH
07/02
PN NOORHALINA ISMAIL
28/02
EN. ZAHARI BIN ZABRI

GURU DAN AKP 2018

kakton1

Pn.Zaiton Bin Minhat

kakaya1

Pn.Rohaya Binti Ahmad@Rahman

kakina1

Pn.NoorHalina Bt Ismail

nasir1

En.Nasir Bin Desa

helmi1

En.Muhammad Helmi Bin Ramlan

salina1

Pn.Salina Bt Musa

kakyan1

Pn.Noor Azian Bt Abdullah

kakhayatipra1

Pn.NorHayati Bt Wakimin

lutf1

En.Ahmad Lutfi Bin Mohammed

jetri1

En.Jafri Bin Abas

nazrul1

En.Nazrul Zakwan Bin Muda

kaklin1

Pn.Azelin Bt Osman

marzuki1

En,Marzuki Bin Othman

ayappm1

Cik.Rohaya Bt Ramli

rosliza1

Pn.Rossliza Bt Mohamed Salleh

kakchaq1

Pn.Salmiah Bt Che Ahmad

kakti1

Pn.Siti Fatimah Bt Abu Hassan

dila1

Pn.NorDalila Bt Khalili

Pelawat

001279
Users Today : 9
Users Yesterday : 14
This Month : 342
This Year : 770
Total Users : 1279
Views Today : 34
Total views : 6229
Who's Online : 1
Your IP Address : 54.234.228.185
Server Time : 2018-11-21
Translate »
Home
Close